Mengenal Jantina Arnab

Jantina arnab terbahagi kepada 2 iaitu jantan (buck) dan betina (doe). Kebiasaannya tiada masalah untuk mengenali jantina arnab pada usia 2 ke 3 bulan keatas kerana ianya boleh dilihat secara jelas jantinanya dan apabila berusia 5 ke 6 bulan keatas ianya boleh dilihat secara ketara melalui testical (telur) pada arnab jantan (buck).

Saat yang susah untuk mengenali jantina arnab adalah ketika arnab berumur 2 ke 3 minggu. Hal ini kerana kedua-dua jantina hampir sama ketika usia 2 ke 3 minggu. Cara untuk mengenalinya adalah dengan menahan arnab di punggungnya, letakkan satu jari pada bahagian ekor alat kelamin dan satu di bahagian perut.

Tekan perlahan-lahan dan regangkan organ, perbezaan dilihat ketika menekan bahagian atas dan bawah kawasan kelamin. Betina akan menampakkan lubang berbentuk seperti U dan jantan alat kelamin akan terbonjol sedikit keluar berbentuk O.

Stay in Touch

Subscribe to our newsletter to receive latest news and events from Good Tree Garden.