Ekonomi dan pengurusan pengeluaran daging arnab komersial

Pendahuluan

Bagi kebanyakkan penternak arnab pedaging, pengeluaran daging arnab secara komersial bukan perusahaan yang menguntungkan walaupun perancangan di atas kertasnya nampak seperti berpotensi besar. Mengapa percanggahan ini berlaku? Pengeluaran daging arnab adalah sangat dipengaruhi oleh pengurusan induk (doe). Sebagai contoh: Dengan melakukan kerja selama 10 jam dan jumlah makanan sebanyak 290 kg untuk setiap doe dan anak-anaknya, seekor doe mampu menghasilkan sehingga 48 (angka optimistik) ekor anak (kit) setiap tahun. Sekiranya kit ini dijual dengan harga RM27 seekor, pendapatan dari seekor doe itu ialah RM1296 setahun. Walaupun selepas ditolak kos makanan (RM580) masih terdapat keuntungan bersih RM716. Kenapa pula ada penternak mendapati pengeluaran daging arnab tidak menguntungkan?

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, kita mungkin tidak mengambil kira kos-kos produksi yang lain. Jika kadar mortaliti di kandang kita ialah 25%, daripada 48 kit yang dilahirkan, 12 ekor kit mati, maka tinggal 36 kit yang akan membesar untuk dijual dengan harga RM27 seekor. Ini memberi pendapatan kasar daripada seekor doe jatuh ke RM972. Terdapat kos lain yang terlibat termasuk utiliti, pengangkutan, ubat-ubatan dan lain-lain. Jika kos-kos ini lebih kurang RM2 untuk setiap ‘fryer’, kos keseluruhan seekor induk akan bertambah RM96.

Kos makanan RM580 setahun

Kos lain RM96 setahun

Dapatan 36 ekor ‘fryer’ RM972 setahun

Pendapatan dari seekor doe RM972 – RM679 = RM296 setahun

Pendapat ini akan ditolak pula dengan kos untuk arnab penjantan. Untuk kerja 10 jam; anda akan mendapat pulangan RM296 setahun/induk. Bagaimanakah anda boleh meningkatkan gaji setiap jam itu? Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan oleh penternak – kecekapan tenaga buruh, penggunaan makanan yang efisien, mengawal kadar kematian, dan penentuan harga untuk seekor ‘fryer’.

Kecekapan Tenaga Buruh

Secara amnya penternak memerlukan kira-kira 10 jam setahun untuk seekor doe. Keperluan ini boleh dikurangkan dalam beberapa cara. Perkara paling penting ialah rekabentuk kandang arnab serta perancangan jangkapanjang – mengurangkan waktu menyelesaikan kerja, kos membesarkan ladang. Reka bentuk kandang arnab berbeza mengikut saiz sesebuah ladang. Ia perlu memberikan keselesaan dan selamat. Setiap unit sangkar pula disusun untuk efisiensi kerja di ladang berkenaan. Berikut adalah beberapa cadangan.

Pastikan kandang dibina dengan mengambilkira kemungkinan ladang anda akan membesar.
Sangkar harus disusun dalam satu lorong yang membolehkan penternak melakukan kerja pada kiri dan kanannya – mengurangkan masa diambil.

Lorong yang cukup luas untuk laluan membuat kerja (e.g. boleh membawa meja beroda atau kereta sorong)
Tidak meletakkan sangkar ke dinding untuk memudahkan kerja pembersihan.

Rekabentuk sangkar dan bekas makanan yang memudahkan kerja rutin

Seekor doe menghasilkan 159kg-181kg tinja dan 189 liter urin setahun dan perlu dibersihkan secara berkala. Oleh itu kandang arnab perlu mempunyai sistem parit yang sesuai (yang membantu menghilangkan air kencing) dan akses mudah semasa kerja-kerja pembersihan tinja.

Selain pembersihan, kerja-kerja breeding juga harus dilakukan secara sistematik untuk memastikan kerja cepat dan hasil yang optimum. Selain itu, hanya bawa induk arnab yang on heat sahaja untuk mengawan bagi meningkatkan probabiliti kebuntingan. Bagi ladang yang bersaiz besar (induk 800 ekor ke atas), penggunaan permanian beradas adalah lebih efisien.

Ambilan Makanan

Makanan arnab merupakan 75% daripada kos keseluruhan operasi sesebuah ladang ternakan. Jika penggunaan makanan ini dilakukan dengan betul, penggunaan makanan akan dapat dikurangkan dan penternakan arnab akan lebih menguntungkan. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.

Elakkan “freeloaders” dalam herd anda, hanya simpan arnab yang mempunyai tujuan tertentu. Freeloaders ini harus dihapuskan segera.

Pastikan pellet tidak hancur atau bersaiz yang sesuai dengan mulut arnab untuk minimumkan pembaziran/pellet yang tidak dimakan.

Elakkan anak arnab bermain di atas bekas makanan dan mengotorkan makan.

Simpan makanan supaya tidak dicemari bauan tikus kerana bau tikus menyebabkan arnab enggan makan makanannya.

Pastikan pellet sentiasa segar untuk mengelakkan pembaziran.

Membeli makanan secara pukal mengurangkan kos makanan tersebut, dan pastikan makanan dihabiskan sebelum tarikh luput.

Pemakanan yang tinggi nutrisi sangat sesuai untuk arnab di iklim tropika – cari makanan arnab yang mempunyai nilai nutrisi yang tinggi dan arnab hanya perlu mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit

Kadar Kematian

Rajah 1 menunjukkan bahawa 48 kit yang dilahirkan, 12 akan mati. Sekiranya anak arnab mati sebelum ia sempat boleh dijual – tiada perniagaan yang boleh hidup jika 25% produknya hilang sebelum dijual! Bagaimanakah kadar mortality dikurangkan? Penternak harus mengetahui yang anak arnab dilahirkan dengan cita-cita untuk mati secepat mungkin. Tugas penternak menghalang cita-cita anak arnab tersebut. Oleh kerana perkhidmatan veterinar adalah sangat mahal untuk penternak arnab, pencegahan adalah langkah paling menjimatkan. Arnab sentiasa terdedah kepada pelbagai faktor penyakit – samaada dari alam sekitar, mikrob, dan dari pelbagai sumber luar termasuk diet, kandang, dan pengurusan ladang. Cara yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko ini termasuk pengudaraan, sanitasi dan pemerhatian.

Pengudaraan (ventilasi dan sirkulasi udara) yang baik akan mengurangkan kelembapan dan ammonia di udara.
Ammonia boleh menyebabkan keradangan lapisan saluran pernafasan dan menggalakkan jangkitan kuman.
Pengudaraan mengurangkan bilangan mikroorganisma serta membantu arnab meregulasi suhu badan mereka.
Sanitasi merujuk kepada membersihkan dan membasmi kuman di sekitar kandang arnab. Pembersihan berkala (kandang, sangkar, nestbox dan lain-lain yang boleh mendatangkan penyakit akan mengurangkan kadar kematian serta kos merawat mereka.

Pemerhatian bermaksud bahawa anda melihat semua arnab anda setiap kali anda berada dalam kandang. Pepatah Inggeris mengatakan “Any fool can tell when an animal is dying and most people can tell when an animal is sick. A good stockman can tell when an animal is going to be sick tomorrow.” Seorang penternak yang bagus mampu memerhati tanda arnab yang tidak sihat.

Musim hujan – pemakanan dan air bersih, serta pastikan kandang arnab lebih kerap dibersihkan dan dikekalkan dalam keadaan kering.

Penetapan Harga ‘Fryer’

Penetapan harga ‘fryer’ bergantung kepada kumpulan sasar/pelanggan yang disasarkan oleh penternak. Paling penting ialah memahami atau mengkaji pasaran anda terutamanya kumpulan sasar anda. Oleh kerana daging arnab masih dikategorikan daging eksotik, ia tidak lari daripada pasaran yang ‘niche’. Kaji di mana pelanggan yang sanggup membayar dengan harga premium dan bagaimana cara mereka membeli produk. Kebanyakkan pembeli golongan ini mempunyai keluarga yang kecil dan mereka suka membeli dalam kuantiti yang kecil. Golongan ini juga sukakan makanan kesihatan. Fikirkan kaedah pemasaran yang berkesan mengikut masyarakat setempat. Apa yang perlu dilakukan?

Guna fakta-fakta positif/kesihatan daging arnab dalam pemasaran.

Kajian di USA mendapati pelanggan lulusan kolej yang berusia 18 hingga 34 tahun dengan pendapatan sederhana, mempunyai jawatan profesional atau pentadbiran lebih mudah menerima daging arnab. Pengiklanan arnab komersial dan usaha pemasaran mesti menyasarkan kumpulan ini.

Pembuatan produk yang sesuai dengan kehendak semasa seperti fast food yang lebih berkhasiat dan sebagainya. Produk-produk hiliran cara paling baik menambahkan margin keuntungan.

Orang yang memakan daging arnab cenderung mempunyai minat kepada kepentingan mengekalkan alam sekitar yang sihat. ‘Sustainable farming’ akan menarik minat pelanggan yang sedemikian.

Target pasaran etnik – warga asing yang biasa makan daging arnab (orang Eropah), atau pelanggan yang ada minat terhadap nilai perubatan pada arnab merupakan target pasaran yang sanggup membayar pada harga yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Daging arnab adalah produk yang mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Masalah yang dihadapi oleh penternak arnab pedaging komersial adalah kegagalan menguruskan penternakan sebagai satu bisnes bermula dari ladang. Meningkatkan margin keuntungan tanpa meletakkan harga yang terlalu tinggi kepada pelanggan ialah termasuk mengawal atau menguruskan produksi ladang dengan lebih cekap. Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga buruh, mengurangkan kadar kematian, dan meningkatkan kecekapan penggunaan makanan. Harga yang dibayar untuk ‘fryer’ serta produk hiliran boleh ditingkatkan dengan mensasarkan pengguna dan menghasilkan produk yang mereka sanggup bayar dengan harga premium. Selain perkara yang disebutkan diatas, penggunaan ‘automation’ serta meningkatkan volum pengeluaran juga akan membantu.

Other Articles

Stay in Touch

Subscribe to our newsletter to receive latest news and events from Good Tree Garden.