Anak Arnab

Bagaimanakah keadaan anak arnab yang baru lahir?

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang (nestbox). Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan ke dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

Bilakah ibu arnab akan menyusukan anaknya?

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan.

Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

Other Articles

Stay in Touch

Subscribe to our newsletter to receive latest news and events from Good Tree Garden.